- Resepi Dan Cara Membuat Ikan Pekasam Pahang
Resepi turun temurun orang PAHANG untuk membuat ikan pekasam sungai - berbeza sikit daripada pekasam orang utara (Kedah & Perak). Ikan Pekasam Pahang tidak menggunakan beras dalam ramuannya.
Bahan utama Resepi Ikan Pekasam Pahang |
Dapatkan pelbagai jenis ikan sungai yang segar (lampam/seluang dsb) samada dari hasil pancing/menjala dan yang paling poyo...beli je dari peraih kat kampung. Ikan yang saya gunakan di sini adalah dari Sungai Jelai. Siang bersih dan kelar ditengah-tengah.
Sediakan garam kasar dan juga asam keping (saya beli di Pasar Sehari Benta, Pahang - segar keluaran orang kampung sini)... dengan jumlah ikan yang sesuai, pakai satu pot setengah asam keping dan dua gemgam garam kasar. Gaul kedua-dua bahan inidalam waktu 15 hingga 20 minit agar serapan garam dan asam keping serasi dan meresap masuk ke ikan.
Apabila siap mengaul,masukkan dalam bekas dan disusun bersama-sama asam keping tadi, tunggu 2/3 hari dah boleh goreng dan makan ngan nasi + kicap......sedakkkk dan sesuai terutama untuk makan di bulan puasa.......SELAMAT MENCUBA RESEPI DAN CARA MEMBUAT PEKASAM PAHANG
Pekasam Pahang Style yang dah siap |
No comments:
Post a Comment