Saturday 14 March 2015

Malaysian Peugeot 404 Restoration

The Malaysian Peugeot 404 (P404) Restoration Journey

Image result for peugeot logo history
Credit to pixshark.com

Peu404vitfr.jpg
Credit to Wikipedia

Peugeot 404 History

The Peugeot 404 is a large family car produced by French automobile manufacturer Peugeot from 1960 to 1975. A truck body style variant was marketed until 1988. The 404 was manufactured under licence in various African countries until 1991 (in Kenya) and was manufactured in Argentina by Safrar/Sevel in El Palomar, in Québec, Canada at the St-Bruno-de-Montarville SOMA Ltd. plant and in Chile by Automotores Franco Chilena S.A. in Los Andes.
Styled by Pininfarina, the 404 was offered initially as a saloon, estate, and pickup. A convertible was added in 1962, and a coupéin 1963. The 404 was fitted with a 1.6 L petrol engine, with either a Solex carburetor or Kugelfischer mechanical fuel injection or a 1.9 L diesel engine available as options. Introduced at the Paris Motor Show as an option was the inclusion of a 3-speed ZFautomatic transmission, similar to the unit already offered on certain BMW models,[4] as an alternative to the standard column-mounted manual unit.
Popular as a taxicab, the 404 enjoyed a reputation for durability and value. Peugeot's French production run of 1,847,568 404s ended in 1975. A total of 2,885,374 units had been produced worldwide at the end of production - Info by Wikipedia.
So, this is big boy toys to play with and it's not cheap toy....huhuhuhu
TAKE A LOOK AT THIS CAR.....$$$$$$$$$$$

This is how it look once i got it from my beloved father in law - a retired teacher/headmaster with several school especially in Jerantut/Kuala Lipis and Jengka Pahang, Malaysia. He bought the car around 1969 and it cost him around RM 20,000.00 at that time, if not mistaken. This picture was taken around December 2007 and the condition was very bad and need a lot of money to be restored.......wuhhh....am i in the right career path or getting myself into the troubled seas.

Finally i have to settle for it and finished what my father-in law had started...to restored it to level best that the local Jerantut mechanic can do. The workshop finally finished the job with much to my dissappointment that most of the job done only concentrated on the external body of the car without fully RESTORED THE CAR... hope everybody know what i meant......and it cost me thousand to bring back the car from the troubled sea. Take a look guys..


Little Aisar inspecting the car on behalf of Aki..
Nice huhhh...
After all the things has been settled (my pocket need to be sawn back...), i took the car back to it new resting place at Budu, Benta, Pahang with sort of proud owner of restored car and waving all the way to the kids along the journey from Jerantut.

The P404 journey does not end here my fren....

To be continued....

Friday 13 March 2015

Jalan Ke Jepun (Persediaan 01)

PERSEDIAAN UNTUK JALAN-JALAN KE JEPUN - PACKAGE REDAH BUAT SENDIRI

Assalamualaikum w.r.t


Tahun 2014 pada awalnya tiada rancangan pun untuk melancung ke mana-mana lebih-lebih lagi ke luar negara, disebabkan tahun sebelumnya mengerjakan umrah musim cuti sekolah (hujung Disember 2013 - umrah musim sejuk). Awal bulan Julai 2014, terbaca artikel dalam suratkhabar tempatan/online news mengenai AIRASIA X melancarkan penerbangan ke Jepun (Narita Airport) dan tarikh pelancaran penerbangan adalah pada 21 November 2014 (memang sesuai sangat disebabkan cuti tahunan pun akan diambil hujung tahun) dan sememangnya dah lama tidak ke Jepun semenjak 1994 - masa nie keja@on job training doh...fully sponsored....

Ini tawaran AIRASIA X ke Narita, Jepun,,, Ohayo Gonzaimasu

Persediaan Ke Jepun

Tempahan/Booking Tiket

OK, kalau tarikh dah cantek....apa tunggu lagi, kenalah buat booking dengan segera dan pastikan yang pentingnyer duitnya ada dan mencukupi (topup sama-sama suami isteri).....nie pon dikira budget jugalah, mana tidaknya...dapat booking online tiket pergi balik ke Jepun/Japan hanya RM 700.00 seorang.....perhhhh...ini dikira bagus dohhh....(ikut stail anak2 cakap antara dia orang,,,)...seorang memanglah RM 700.00...tapi X lima dah jadi RM 3,500.00...OK lah tuuu....percutian keluarga...bukan selalu pun dapat bercuti jauh-jauh dengan isteri dan anak-anak.

Nota

Adik2/kakak2 dan Tuan/Puan.....sebelum lupa... jangan sembarangan je booking tiket/tarikh nak ke Jepun....pastikan tarikh nak pergi ke sana tu musim apa....hahahah...kalau booking time musim paneh/summer.....bior cuti kat Malaysia jer....Ada 4 musim di Jepun iaitu:-

MUSIM BUNGA (SPRING)              - pertengahan March hingga awal Mei
MUSIM PANAS (SUMMER)            - pertengahan Mei hingga awal September
MUSIM LURUH  (FALL/AUTUMN)  - pertengahan September hingga hujung November
MUSIN SEJUK   (WINTER)             - Hujung November hingga awal March


Jadual di atas adalah secara kasarnya dan selalunya ianya berubah-ubah seminggu dua sahaja. Untuk kepastian yang lebih tepat rajin-rajin lah browse alamat-alamat berikut:-
www.japan-guide.com/www.visitjapan.jp dan banyak lagi website dan juga blogger2 Malaysia yang lebih pakar dan yang telah banyak kali melawat negara Matahari Terbit ini.

Selalunya dua musin yang dicadangkan ramai orang adalah musim bunga dan musim luruh dimana cuaca agak nyaman dan tidak berapa sejuk...sesejuk sampai ke tulang....kalau nak merasa sejuk....boleh lah ke HOKKAIDO dalam musim sejuk. Saya pilih musim luruh dengan suasana cuaca yang nyaman dan juga dapat melihat perubahan daun-daun bertukar warna dan luruh- nanti cerita lagi pasal musim luruh nie.

Pasport
Hehehe...pastikan pasport dibuat dan tarikhnya ok lagi (jangan kurang daripad 6 bulan) dan juga pastikan nama tidak di blacklist oleh Jabatan imigresen.... check di website imigresen dengan mengisi no kad pengenalan dan tiada apa-apa sekatan dikenakan. Kemasukan ke Jepun sekarang ini tidak perlu lagi VISA pada sebelumnya. Masa VISA dikenakan ke atas pelawat....masa saya ke sana tahun 1994 adalah merupakan pengalaman yang kurang menyenangkan....di tahan selama 2 jam di Airport Osaka....huhuhuhu.

Tempahan/Booking Tempat Tinggal
Bab ni yang agak memeningkan kepala jugak la bagi saya ( tak tau la anda semua mcamner)... Ok, program saya atau jadual perjalanan akan cover bandar seperti TOKYO, OSAKA dan juga KYOTO...Insya Allah boleh.....eemmm...TOKYO dengan OSAKA sahaja jarak KM adalah lebih kurang 500 kilometer. Jadi dipendikkan cerita terpaksalah membuat dua tempahan tempat tinggal untuk kedua-dua tempat ini. Pergi dengan keluarga berlima memerlukan sebuah rumah/apartment adalah lebih sesuai. Kalau guna hotel dan sewaktu dengannya mungkin melibatkan kos penginapan yang lebih tinggi.

Saya menggunakan khidmat www.airbnb.com yang menyediakan penginapan berupa homestay di sekitar bandar TOKYO dan juga OSAKA.

TOKYO - dapat apartment lebih kurang 30 minit dari Central Tokyo (naik train/tokyo metro) dengan harga RM 272.00 per malam...OK la...

OSAKA - dapat mansion/macam studio apartment - emergency case kena tukar last minute dengan harga RM 320.00 per malam....boleh la utk lima orang....tido je pon.

OOppss...satu lagi booking hotel - guna www.booking.com (terpaksa) dekat dengan Narita Airport sebab flight awal pagi pulang ke Malaysia - pastikan tinggal berdekatan dengan Airport jika flight awal pagi...bukan apa kalau tinggal tengah-tengah bandar TOKYO takut tak sempat sampai (bagi yang tidak menggunakan khidmat travel agency macam kami nie - package main redah saje dan kadang-kadang tersasar train).

www.airbnb.com - TIPS

Ini page carian airbnb....tengok harganya ...uuuuu carian bagi November 2015 ( credit to www.airbnb.com )
  1. Buat booking/tempahan awal sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan awal dari tarikh berangkat.....mungkin dapat tempahan bilik yang agak murah.
  2. Cari tempat/bandar2 kecil sekitar Tokyo atau Osaka, macam saya dalam 30 minit dari Central Tokyo.
  3. Pastikan tempahan untuk satu rumah bagi yang berkeluarga dan sebaliknya bagi yang bujang kelana pergi melancung.
  4. Pastikan segala kelengkapan rumah/hostel yang ditempah mengikut kemahuan kita i.e keluarga/bujang...dapur semua ada, mesin basuh etc dan juga check kalau2 tuan rumah ada sediakan Portable Wi-Fi untuk dibawa semasa berjalan (senang utk carian tempat dan apa2 sajalah untuk kegunaan internet.
  5. Berdekatan dengan train station...mat salleh cakap walking distance...pls.
  6. Check juga info dari tuan rumah samada berdekatan dengan kedai2 i.e seperti 7Eleven iaitu di Jepun seperti Family Mart dan juga Lawson - kedai nie banyak membantu untuk keperluan harian semasa di Jepun.
  7. Tempahan melalui www.airbnb.com adalah melalui advanced payment...menggunakan kad kredit.
Tempahan dengan www.booking.com adalah yang terbaik...bukannya apa, kita buat dahulu tempahan mengikut kesesuaian kita dan kita buat bayaran semasa check In di hotel (saya gunakan ini untuk tempahan hotel berdekatan dengan Narita Airport - senang dan selamat jadual perlepasan). Hotel yang ditempah ada menyediakan transport ke Narita Airport - FREE (agaknyer masuk skali dalam bayaran hotel kot)...apapun ianya memudahkan perjalanan ke Airport.

Tempahan/Booking - Bas
Ini apa yang saya buat....kononnyer nak jimatkan budget nak ke OSAKA dari TOKYO. Kalau naik Shinkashen@Bullet Train memang la mahal...dalam RM 400.00 seorang..... x lima dah RM 2,000.00 (cerita naik Bullet Train kemudian). Berpandukan blog2 travel ke Jepun, saya dapat info berkenaan transport/bas yang disediakan dari TOKYO ke seluruh Jepun, terutamanya ke bandar-bandar besar seperti OSAKA, NAGOYA dan banyak lagi destinasi yang disediakan.

Sila browse www.willerexpress.com bagi yang berminat menggunakan mode transportation ini. Saya membuat tempahan perjalanan waktu malam ke OSAKA untuk lima orang dengan harga RM 180.00 seorang . Terdapat pelbagai package/jenis seat/jadual bertolak disediakan, cuma pilih mana satu yang sesuai dan bayaran menggunakan kad kredit.

Bas nie kami sekeluarga naik. (credit to www.willerexpress.com)

Jenis seat yang dipilih (credit to willerexpress.com)
Tiket nak kata murah...rasanyer tak jugak kot, tapi perjalanan dari Tokyo ke Osaka memakan masa lebih kurang 8 jam dengan pemandu bas Jepun yang berhemah dan berdisiplin.

Lain-Lain Persediaan

Pakaian/Beg
Persediaan pakaian/baju sejuk dan juga beg galas besar perlu juga dibuat dan mengikut kesesuaian keluarga. Baju sejuk tambah juga sikit-sikit untuk semua orang (beli di UNIQLO Setia Alam) - cuaca musin luruh tidaklah sejuk sangat, jadi pakaian harian disana tidaklah berapa tebal sangat dan banyak lapis yang perlu dipakai.

Makanan Dari Malaysia
Beli makanan pack BRAHIM (ikut sesedap rasa masing-masing - saya buat pilihan kari ayam dan juga pack kurma daging). Berapa banyak nak bawa??????....bagi saya yang dah ada pengalaman nie...silalah bawa lebih kalau pergi berkeluarga. Saya hanya bawa kedua-dua pack hanya 8 pack sahaja..... x CUKUP untuk sekeluarga berlima...askar2 sentiasa lapar lebih-lebih lagi keadaan cuaca yang sejuk. Paling elok atleast 3 pack sehari untuk sekeluarga berlima (2 dewasa 3 budak2 - 12, 16 dan 18 tahun). Maggie juga jangan dilupakan dan juga coklat snickers ...untuk tenaga berjalan seharian serta naik turun train bagi package buat sendiri dan redah nie...

Insuran Perjalanan
Satu perkara yang dikira amat penting apabila membuat perjalanan jauh... peace of mind.. supaya Insya Allah semuanya selamat dalam perjalanan. Banyak package insuran yang disediakan dengan harga premium yang berpatutan bagi keluarga - PATUT DIAMBIL.

Anggaran Kasar Perbelanjaan Sebelum Ke Jepun (Bayaran Yang Dibuat/Disediakan)
Tiket AirasiaX           = RM 3,500.00 (RM700/seorang)
Lodging TOKYO       = RM 816.00    (3 malam)
Lodging OSAKA       = RM 703.00    (2 malam)
Hotel Narita              = RM 425.00    (1 malam x 2 bilik) - disediakan awal
Tiket Bas                  = RM 900.00    ( 5 Orang)
Insuran                     = RM 150.00    (Sekeluarga)
Pakaian/Makanan    = RM 800.00
Beg                           

JUMLAH BESAR     = RM 7,294.00 (Untuk 5 orang la....)

Setakat ini sahaja dahulu utk persediaan sebelum berangkat/jalan-jalan ke Jepun bersama keluarga.

.........bersambung lagi

Jalan Ke Jepun (Persediaan 02)

Jalan Ke Jepun

AUTUMN IN JAPAN
Persediaan seterusnya yang perlu dibuat adalah membuat jadual lawatan ke Jepun. Perancangan perlu dibuat awal, sekurang-kurangnya kita ada arah dan tujuan. Di bawah adalah jadual sebenar secara kasar semasa lawatan (tulis macam nak buat technical report pulak).

20/11/2014
- Departure from KLIA2 (12.55)

21/11/2014
- Arrival Narita Airport
- Shinjuku Central Station
- Check In Homestay@Sagonomiya
- Odaiba Island (Petang)

22/11/2014
Autumn Color Spot - Tokyo
- Ginkgo Avenue
- Rikugien Garden
- Akihabara

23/11/2014
- Mount Fuji (Whole Day)

24/11/2014
- Harajuku - Fashion street/tempat fesyen orang muda
- Departure for Osaka - By Bus (Willer Express)

25/11/2014
- Check In Osaka Homestay
- Osaka Aquarium

26/11/2014
Autumn Color Spot - Arashiyama/Kyoto
- Arashiyama/Kyoto
- Osaka Castle

27/11/2014
Autumn Color Spot - Minoo Park
- Minoo Park
- Back to Tokyo (Shinkansen)
- Check In Narita Airport Hotel

28/11/2014
- Departure for Kuala Lumpur

Nota:-
Ini adalah jadual perancangan secara kasar dan juga merupakan kejadian sebenar misi redah ke Jepun pada musim Luruh November 2014.

Tuesday 10 March 2015

Ikan Pekasam Pahang

  • Resepi Dan Cara Membuat Ikan Pekasam Pahang

Resepi turun temurun orang PAHANG untuk membuat ikan pekasam sungai - berbeza sikit daripada pekasam orang utara (Kedah & Perak). Ikan Pekasam Pahang tidak menggunakan beras dalam ramuannya. 

Bahan utama Resepi Ikan Pekasam Pahang

Dapatkan pelbagai jenis ikan sungai yang segar (lampam/seluang dsb) samada dari hasil pancing/menjala dan yang paling poyo...beli je dari peraih kat kampung. Ikan yang saya gunakan di sini adalah dari Sungai Jelai. Siang bersih dan kelar ditengah-tengah.


Sediakan garam kasar dan juga asam keping (saya beli di Pasar Sehari Benta, Pahang - segar keluaran orang kampung sini)... dengan jumlah ikan yang sesuai, pakai satu pot setengah asam keping dan dua gemgam garam kasar. Gaul kedua-dua bahan inidalam waktu 15 hingga 20 minit agar serapan garam dan asam keping serasi dan meresap masuk ke ikan.



Apabila siap mengaul,masukkan dalam bekas dan disusun bersama-sama asam keping tadi, tunggu 2/3 hari dah boleh goreng dan makan ngan nasi + kicap......sedakkkk dan sesuai terutama untuk makan di bulan puasa.......SELAMAT MENCUBA RESEPI DAN CARA MEMBUAT PEKASAM PAHANG
Pekasam Pahang Style yang dah siap